Siapa ingat lagi persaingan sengit antara dua model kapcai yang menjadi idaman ribuan pejuang kelajuan satu masa dulu? Bermula dengan kehadiran RG Sport 110 dari Suzuki, Yamaha pun mula menghantar buah tangan signature mereka iaitu Y110SS dan dari situ lah rivalry Suzuki vs Yamaha bermula!
Diam tak diam, Suzuki memperkenalkan RGV120 yang lagi berdesup dan lagi padu berbanding RG Sport 110. Yamaha pun tak nak kecundang dengan SSTwo mereka lalu memecah dominasi Suzuki dengan mempertaruhkan 125ZR setahun lepas kewujudan RGV120.
Jadi, kalau direnung-renungkan balik, model lagenda 2T mana yang paling padu dan paling "King" sebenarnya? Baca artikel ni saaaaampai habis!
5.2L
1.2L (2T)
5.5L
1.2L (2T)
TOP SPEED 140km/h 148km/h
RGV ni kalau ikutkan memang mirip seperti RG Sports, cuma lampu depan dan berbentuk bulat dan lampu belakang juga direka semula. Jadi, rupa keseluruhan RGV120 ni memang nampak lebih sporty dan compact berbanding RG Sports 110 yang nampak lebar dan leper. RGV120 juga kapcai Suzuki pertama yang menggunakan transmisi 6 speed dan ada penambahan meter RPM.
Nak cerita power, Suzuki ni memang dari dulu suka buat enjin oversquare ni sebab tu motor sezaman dengan dia boleh senang je makan asap. Tapi enjin dengan konsep short stroke ni, sebenarya lagi best untuk kuasa top end enjin 4 stroke so sebab tu lah pickup RGV120 ni mencanak tapi power top end dia tak cukup padu.
Sistem braking pun cuma ada disc depan tapi belakang masih menggunakan brek drum. Nak cari spare part sekarang pun susah dan kebarangkaliannya hanya bergred AAA jelah.
Hampir 25 tahun selepas kali pertama diperkenalkan,125Z masih lagi kekal bertahan dan menjadi igauan pejuang kelajuan dinegara kita. Mana taknya, meskipun dikutuk motor nyamuk la, motor ringan la malahan hampir kena banned sebab "laju" sangat, tapi 125Z steady menawarkan benda yang Suzuki tak ada; iaitu reka bentuk dan enjin yang lebih power!
125Z dah ada disc brake depan belakang, transmisi 6 kelajuan, meter rpm dan keluaran selepas tu ada catalayzer yang lebih menjaga alam sekitar. Sekali pandang macam SSTwo, dua kali pandang memang sah 125Z!
Cumanya, 125Z memang sebuah motor yang panas dan tak boleh parking sesuka hati je; memang lesap! Selain itu, 125Z memang tak usah cerita lah top speed 148km/h tu boleh berubah tunjuk tuan dengan usik sikit je enjin tu. Tapi itulah, meter dia ringan.
Ada juga yang komplen motor ni kuat makan minyak berbanding motor 2t yang lain seperti Dinamik 120. Harga untuk pasaran terpakai pun dah berkali lipat harganya mengalahkan ketika dijual baru! Siapa nak beli, hati mesti mau keras lah!
Kalau dulu SSTwo digelar King Track Cubprix, 125Z pun mula mengikut jejak langkah yang sama dengan ditunggang oleh joki 'berhati kering' seperti Norizman Ismail, Ahmad Fazlisham, K.Sivanesan atau Safrizan Buang.
Suzuki pun masih mengikut blueprint daripada line-up RG Sports 110 terdahulu melalui jentera RGV yang ditunggang oleh joki-joki otai seperti Wazi Abdul Hamid, Norazman Mat Isa serta M.Meganathan.
Satu kesilapan pada Suzuki adalah apabila dorang terlalu cepat membuat pembaharuan bila Emisi Euro 1 mula diperkenalkan untuk motosikal keluaran 1997. Emisi ni tak ada kesan pun untuk motor 2 Stroke bawah 150cc, tapi dorang dah keluarkan dulu FX125 & FXR 150 untuk menentang pesaing 2 Stroke. Orang masa tu mana nak main 4 stroke lagi!
2003, Yamaha dah lancarkan 125ZR versi Catalyzer dengan pembaharuan kosmetik dah. Pada tahun yang sama Suzuki cuba lagi mepertaruhkan RGX120 tapi silapnya dia masih tak cukup power menentang aura 125ZR yang tengah meletup waktu tu. Panther dan RGV120 pun selamat dah dihentikan maka berkuburlah divisyen 2 stroke dari Suzuki buat selama-lamanya!
Kalau nak ikut siapa lagi power, benda ni memang 100% bergantung kepada cara owner tune dan menunggang motor. Sebab korang boleh tengok sendiri macam mana kedua-dua RGV120 &125Z ni selamba je sesah-mensesah masing-masing ketika zaman Cubprix dulu-dulu! Namun jika diukur dari segi raw power dan populariti, tak dinafikan 125ZR paling 'king' dan paling pandai menjana duit. Namun status lagenda kejuruteraan enjin dan mekanikal sememangnya milik RGV120.. Korang pilih yang mana? Cer komen sikit!
Link nội dung: https://pmil.edu.vn/rgv-120-a49660.html